Simpanan Masa Depan, Tolong Tekan ye..^_^

Rabu, 10 Oktober 2012

Import Export Kucing ke Sabah Part 1

 
Assalamualaikum n salam sejahtera zakiah ucapkan..dah lame zakiah tak update pape kan sejak sampai kat Sabah..zakiah dah 1 minggu lebih kat sandakan nie tapi cat-cat zakiah belum ade kat umah lagi sebab dorang masih kat kota kinabalu tengah kena kuarantin..so, malam nie zakiah nak cite sikit la pasal procedur yang kite perlu buat kalau nak bawa haiwan peliharaan kite travel..

1.    first sekali kite kena make sure yang cat kite tu dah kena vaccine..alaa..hari tu kan zakiah adew cite pasal vaccine so,vaccine adalah penting untuk pastikan kucing kite dalam keadaan sihat sewaktu travel nanti..
 
2.   yang kedua pula, cat kite tu kena la kite pasangkan dengan microchip ataupun identiti nombor dorang..kiranya macam nombor kad pengenalan kite juga..pasang microchip ni boleh dibuat dekat klinik veterinar tak kira lah  kerajaaan atau swasta..hari tu zakia buat dekat klinik haiwan kerajaan haiwan di Shah Alam yang dekat seksyen 15..tak tau klik sini k..^.^..tentang bayaran pula, dekat klinik kerajaan zakiah dikenakan bayaran Rm25 + dengan Rm12 untuk buat kad pengenalan haiwan macam kat gambar bawah nie..and nnati akan dapat no microchip dorang..
 
ni lah kad pengenalan haiwan untuk Malaysia..hahaha..macam pasport kite kan..
 
ni pula no microchip yang dorang akan bagi kat kite untuk kite lekat dekat kat perubatan dorang..

03. lepas dah vaccine dan pasang microchip, kite kene mohon import permit dekat laman web rasmi..macam zakiah of course la kene mohon dekat laman web jabatan haiwan Sabah, klik sini.. tapi sebelum tu kene sign up dulu and tunggu dorang cnfrm kan dlu baru boleh isi..kene isi betul-betul tau kalau tak nanti proses untuk meluluskan lambat pula..lepas dorang dah approve, surat tu kita kne ambil dekat jabatan haiwan kat kota kinabalu..hari tu mak zakiah yang tolong ambil kan walaupun jauh..(nsib baik mak nk tolong)..dekat sana nanti kite kena bayar RM10.00 je..

ni pula import permit tu..


04.    selepas permohonan dah lulus baru boleh mohon export permit dekat jabatan haiwan selangor..alaa..ni kiranya sebagai kebenaran untuk membawa kucing tu keluar dari selangor..dekat sana dorang akan charge harga RM30 untuk pemeriksaan kucing dan RM3 untuk surat export..time nak mohon tu bawa kucing sekali tau sebab dorang akan check sekali lagi sama ada kucing tu dah pasang microchip dan dorang dalam keadaan sihat...:)

ni pula export permit..sekejab je siap..


panjang kan..jari zakiah pun penat juga ni type panjang-panjang..hehehe..so, zakiah nak pesan satu lagi nie..kalau nak bawa kucing ke sabah dan sarawak, hnya penerbangan Malaysian Airlines je yang menawarkan perkhidmatan bawa haiwan untuk travel..yang lain takde..and lagi satu,kalau korang nak tempah tiket kena make sure yang penerbangan korang tu akan singgah ke Kota Kinabalu sebab cat-cat ni kene kuarantin dulu sebulan dekat sana..lame kan..huhuhu..nak uruskan dorang ni je zakiah dah hampir dpt migrain balik tau..maklumla zakiah bukan tau ape pon pasal nk bawa haiwan travel..mencabar keimanan zakiah juga la..nasib baik lah zakiah ade bestfriend yang bnyk tlg zakiah kesana sini untuk urusan dorang nie..hehehe..thx guyz (sayang korang)..sebenarnya banyak lagi yang zakiah nk cite tpi zakiah penat dah..esok-esok zakiah sambung part yang kedua pula k..hehehe..kalau ade pape soalan korang boleh comment and nanti zakiah akan replay..^.^ 
 
 

4 comments :

  1. As-salam,

    Cik Zakiah nak tanya sket,
    1.permit eksport tu ambik kat mana? setakat ni sy da ada permit import cuma eksport xtau plak kat mana nak buat.
    2.adakah nak booking tiket dulu sblm ambik permit ekport?

    hrp dapat membantu
    terima kasih.
    yati

    BalasPadam
  2. salam zakiah.
    nak tnye:
    time zakiah buat permit eksport kt shah alam tue, zakiah kna ambik permit eksport tue kat klia bhgian kastam x.?

    BalasPadam
  3. as salam sis,

    nak tnye cm sy ni flight nnt direct ke Tawa. mmg kene kuarantin at KK ke?

    BalasPadam