Assalamualaikum dan salam sejahtera zakiah ucapkan kepada semua..firstly zakiah rase excited sangat sebab esok zakiah nak balik Sabah (Sandakan) sebab cuti sem..hehehe...sebenarnya zakiah bukan nak cite pasal zakiah balik esok tapi zakiah nak share something for those yang kat luar sana peminat kucing dan manjadikan makhluk Allah yang comel tu sebagai haiwan peliharaan, so zakiah nak cite pasal vaccine utk cat-cat yang comel-comel tu..>.<
KENAPA VACCINE ITU PENTING????
sebagai pemilik kepada kucing-kucing tu, kite kena lah menjaga kebajikan dorang kan, macam bagi dorang makan, minum, kebersihan dorang and yang paling penting kesihatan mereka perlulah kite amalakan bagi memastikan si comel tu terus aktif..hehehe
so, perkara asas yang kite untuk menjaga kesihatan dorang kite perlulah menyahcacing (deworm), menyahkutu (defleas), dan vaccine dorang bagi memastikan dorang sentiasa sihat..perghh..ingat tau, jaga kucing nie bukan sesuatu yang kite boleh ambil ringan..nak tau info lebih, terus bace tau!!
mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa vaccine itu penting kan??macam nie, vaccine ni berfungsi sebagai pelindungkepada haiwan-haiwan comel ni dari dijangkiti virus-virus dan bakteria-bakteria yang jahat..so kite kena la jage kucing kite tu dari dijangkit oleh penjahat-penjahat tu..
nak tau tak virus ape yang menjadi pembunuh no 1 kucing??(mestilah kan nak tau..hehehe)..nama virus tu "Feline Leukimia Virus" (nama unik je kan)..virus nie merupak pembunuh utama kucing-kucing ape lagi kalau kene dekat anak-anak kucing dan boleh melemahkan sistem imunisasi dorang.
yang kedua pula adalah "Feline Enteritis / Panleikopenia" yang merupakan pembunuh yang kedua. selain tu, virus ni juga dikenali sebgai "Feline Distemper" di mana kucing yang dijangkiti akan lemah, dehydrated, tiada selera makan, cirit-birit and kadang-kadang berdarah, muntah. virus nie mudah menyerang kepada anak-anak kucing yang masih kecil lagi..anak-anak kucing ibaratnya macam bayi manusia yang kite perlu beri perlindungan juga..
tujuan vaccine ni adalah untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit disebabkan oleh virus dan bakteria yang jahat-jahat tu..
vaccine boleh diberikan kepada anak kucing seawal umur 2 bulan dan tiap 3 bulan berturut-turut..maksudnya 3 kali vaccine pastu baru diberi setahun sekali untuk memastikan imunisasi badan agar dapat menghasilakn antibodi untuk melawan penyakit...faham tak??kalau tak faham,nanti tinggal je komen k..:)
kalau korang nak vaccine si comel tu, korang kena make sure yang dorang tu sihat, tak stress dan bukan selepas pembedahan sebab takut nanti boleh merisikokan nyawa mereka pula..
ade beberape jenis vaccine yang selalu disaran bagi kucing-kucing nie..tujuannya adalah untuk menghalang jangkitan virus dari berlaku..
·
Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) - Tanda-tanda awal
ialah selsema (flu), boleh menjadi sangat serius, mudah berjangkit dengan
menyerang sistem pernafasan kucing dan boleh membawa maut kepada anak-anak
kucing yang masih kecil. Tanda-tanda serangan virus ini ialah kerap bersin,
hilang selera makan, demam, keluar lendiran dari mata dan hidung kucing yang
dijangkiti.
·
Feline Calicivirus - Virus ini turut menyerang sistem
pernafasan, boleh menyebabkan ulser dan blisters dalam mulut. Biasanya tidak
membawa maut, tetapi jika tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan lebih serius
iaitu pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian.
·
Feline Panleukopenia (Distemper) - Virus ini sangat
mudah berjangkit dan merebak. Kucing yang dijangkiti akan hilang selera makan,
muntah, cirit-birit, murung dan dehydration. Sesetengah kucing dewasa boleh
sembuh sekiranya dijangkiti, bagaimanapun peluang anak-anak kucing untuk sembuh
sekiranya dijangkiti virus ini adalah sangat tipis dan hampir mustahil. Virus
ini boleh membunuh anak-anak kucing yang lahir dalam persekitaran yang stress,
malnutrisi dan kurang tahap kebersihan.
·
Feline Chlamydia (pneumonitis) - Sejenis bakteria
yang menyerang sistem pernafasan. Sangat mudah berjangkit. Meskipun telah
sembuh, kucing boleh dijangkiti semula sekiranya sakit atau stress. Tanda-tanda
klinikal ialah conjunctivitis (jangkitan pada mata), mata berair , bersin, air
liur meleleh dan batuk. Sekiranya tak dirawat, boleh menular ke peparu.
yang ni pula kat dalam die..lofy baru sekali kne vaccine..vaccine die yang kedua nnti 7.10.2012 |
kesimpulan yang zakiah nak kata kan adalah, menjaga kebajikan seekor kucing tu bukan mudah tau..sape yang kta mudah??susah tau...sebab tu kite kene jage dorang betol-betol..kalau tak, nanti kite juga yang mendapat dosa..so, kepada pemilk-pemilik kucing yang tak vaccine agi tu, zakiah sarankan korang vaccine lah ek dorang tu..^.^V
esok flight zakiah pukol 3 ptg..doakan zakiah selamat tiba (macam lari dari topik) hehehe..esok Lulu n Loly akan ikut zakiah juga..doakan semua berjalan dengan lancar tau..^.^