Simpanan Masa Depan, Tolong Tekan ye..^_^

Khamis, 22 Ogos 2013

COMMUNITY SERVICE FOR HOMELESS

Assalamualaikum semua..!!
Harap smua yg ada dalam keadaan yang sihat..zakiah, alhamdulillah sihat..tapi sibuk sikit dalam bulan-bulan last nak habis sem 5 nie..kdng2 rse nak nangis je sebab tension tpi disabarkan je..huhuhu..
 
Macam dkat entry zakiah sebelum nie, zakiah ade cerita pasal subjek "Community Service" yang zakiah dgan kwn2 zakiah ambl..so event tu berlangsung pada 18 Ogos 2013, bermula dari pkol 9 malam sehingga dkat pkol 12 tengah malam...
 
Nak dijadikan cerita, event malam tu kami bekerjasama dengan sebuah kelab community yg dikenali sebagai "PERTIWI SOUP KITCHEN"..kelab community nie mmg dah selalu bagi makanan dkat homeless dan masa kite org smpai tu pown dah ramai org-org homeless yang dah beratur untuk agihan makanan..kelab nie dorang selalu agihkan makanan dekat homeless setiap hari Ahad,Isnin,Rabu dan Jumaat so, mmg org-org kurang bernasib baik nie dah mmg tau mse bler dorang patut berada kat ctu..
 
Perasaan yang zakiah dapat alami semasa agihkan makanan dekat dorang tu tak dapat zakiah nak jelaskan..antara tahan air mata je time tu sebab cover takut bdk2 ambik pic pastu tak lawa..hahaha..bila zakiah dgn lecture zakiah agihkan dkat mereka-mereka yang baring tepi kedai agi lah makin sayu hati zakiah sebab melihat kesusahan hidup yang dorang alami..mereka cuma tido beralaskan kotak yang entah dari mana dorang dpt..masa tu zakiah sangat-sangat bersyukur kerana lahir dan dapat hidup dengan sempurna even keluarga zakiah bukanlah dikalangan keluarga yang senang tpi dengan apa yang ada sekarang pown zakiah ucapkan Alhamdulillah pada Allah atas nikmat yang Dia berikan pada zakiah..semoga kita semua dalam lindungan Allah..
 
zakiah harap. pada mereka yang rasa hidup mereka tu ssh, cuba fikir smula btol kah hidup anda itu susah sedangkan anda cukup makan minum, pakai, dan tempat tinggal???dkat luar sana ramai agi yang lebih susah yang tidak ada tempat tinggal dan terpaksa tidur di kaki-kaki lima, yang terpaksa kais pagi , makan pagi kerana tidak berkemampuan untk makan 3 kali sehari macam org lain..kita smua patut bersyukur kerana cukup serba serbi walaupun hidup tidak mewah..
 
zakiah ingat nk masukkan gambar tpi gambar pown tak dapat agi dari kawan zakiah, cme gambar beramai-ramai nie je yang zakiah dapat letak wat masa nie..bler zakiah ade gambar yang lain, zakiah akan masukkan..
 
Gambar sebelum memulakan perjalanan..
 
zakiah agak cukup sampai sini sje lah utk mse nie..if zakiah tak bsy, zakiah akan update agi..hehehe
sekian,terima kasih..^.^V


0 comments :

Catat Ulasan