Simpanan Masa Depan, Tolong Tekan ye..^_^

Rabu, 2 Mac 2016

DOORGIFT MUFFIN BAJET RM 1

Assalamualaikum..

Woww!! dah rasa lme gila tak update blog ni..last update tahun 2013..lme benor dah wei... sibuk sngt sejak beberapa tahun ni..n guess what??!!! i'm already married!!*terexcited sendiri..hahaha.. 

Update yg terkini slain dari dah berkahwin, skrg ni Zaa tengah sambung degree dlam course Culinary jga..tak lari bidang sangt pun sbb nk cepat hbs je..hahaha.. alhamdulillah mngkin dlm msa 6 bln ni Zaa akn tamatkan pengajian.

BTW..skrg ni Zaa tgh cuti semestar so agak bosan sikit tak buat apa-apa so merajinkan diri menjengah ke blog yg dah berhabuk teruk ni..sambil-sambil tu Zaa skrg tgh cuba memulakan bisnes perniagaan doorgift.. baru juga start so skrg ni dalam proses mempromosikan produk Zaa dan cuba mencari pelanggan tanpa pelanggan macam mana bisnes Zaa nak maju..*chiaa chiaa..hahaha.

For the information, Zaa buat bisnes jual muffin utk djadikan doorgift.. hrga tersangat lah MURAH iaitu bermula serendah RM 1..mana wei nk cari harga murah macam tu skrg ni.. Zaa tak meletakkan harga yang mahal adalah kerana tahu betapa banyak duit yg dikeluarkan untuk melangsung kan perkahwin dan dari kata yang lain Zaa nk mempermudahkan bakal-bakal pengantin diluar tu..

Buat masa sekarang ni Zaa hanya menyediakan beberapa jenis flavor iaitu Chocolate, Vanilla, Panda, Chocolate Chip, Vanilla Nuts, dan Pandan Coconut. Untuk basic flavor seperti Chocolate, Vanilla dan Pandan muffin adalah berharga RM 1 dengan minimum order 500 piece.. manakala harga utk mix flavor adalah RM 1.30 dengan minimum order 300 piece.. packaging untuk basic price tu adalah dalam plastik jernih dengan ikatan khas. Bagi memenuhi permintaan sesetengah bakal-bakal pengantin yang nak muffin dalam box, Zaa ada menyediakan muffin dalam gift juga..cuma perlu tambah 60 sen lepas tu dapat free TQ tag skli!!!.

Tahan lama tak muffin tu??? sebab muffin yg Zaa buat texture dia moist so cuma booleh tahan 7 hari sahaja tp kalau dibekukan boleh tahan sehingga 3 bulan!!!menarik kan!! so kalo nk makan tinggal reheat je dkat microwave lepas tu boleh makan dah..nyum nyumm..

Dekat bawah ni adalah gambar muffin serta packaging yang Zaa buat..jemput melihat..!!

v
v
v
v
v


untuk tahu dengan lebih lanjut boleh lawat dekat Fb page Zaa Doorgift Muffin Bajet RM 1..

tu je la kot utk sekarang ni..hehehe.. k bye..sampai jumpa lagi utk coretan yang akan datang..:)

Khamis, 12 September 2013

" Segmen 1st Mama "

 
hari nie plak zakiah nk join segmen yg di buat oleh blogger MAMA..hehehe..syarat-syarat nk join senang je..korang klik banner kat atas tu..nie "Segmen 1st Mama " jdi meh la kita sokong segmen nie k..:)..

8 Tips Lebatkan Rambut!!

ihsan google..

Assalamualaikum..hehehe..
Nmpk tak gambr dekat atas tu..huhuhu..zakiah nk bgi tips plak utk lebatkan rambut..jom baca!!

Tips Lebatkan Rambut
Rambut yang lebat boleh menjadi aset kepada penampilan anda untuk nampak cantik dan segak. Oleh itu, bagi anda yang ingin dapatkan rambut yang lebat, zakiah sediakan tips lebatkan rambut di bawah:

1-Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

2-Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

3-Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

4-Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

5-Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

6-Tip2 lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan.

7-Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda.

8-Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.

Jika anda tidak mampu untuk ikut 8 cara di atas untuk lebatkan rambut, jangan risau. Ada teknik lain yang boleh anda gunakan tanpa perlu ambil masa yang lama. Download Ebook PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! KLIK SINI